Tuesday, 13 June 2017

MACAM MANA NAK BEZAKAN IPHONE CLONE DENGAN ORIGINAL ?


Secara jujurnya, pengaruh iPhone klon masih meluas di Malaysia.
Ada lagi seller yang menjual iPhone klon tanpa sedar atau tidak.
Bagi pengguna yang sudah biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu untuk membezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga secara fizikal iPhone berkenaan.
Bagi pengguna yang langsung tak biasa, mereka mungkin tak tahu langsung cara nak bezakan.
Untuk itu, ini ialah langkah yang mudah untuk membezakan antara iPhone Original dengan iPhone Klon.
  1. Pastikan anda bawa simkad anda yang telah dipotong , MicroSim untuk iPhone 4/4SNano Sim untuk iPhone 5 ke atas
  2. Masukkan simkad ke dalam iPhone, untuk mengaktifkan iPhone original, simkad diperlukan untuk masuk ke homescreen. iPhone klon tidak perlu simkad pun. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebut simlocked atau unlocked. Jika Sim Not Valid, itu tandanya Sim Locked (tidak boleh guna Telco Malaysia secara asasnya).
  3. Connect to Internet (Wifi atau Mobile Data) > masuk AppStore > Download simple apps macam Apple Store > nanti akan popup untuk sign in Apple ID. Untuk klon, ia akan minta Google Play atau selain daripada Apple ID.
  4. Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti. Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja, bukan 16GB.

Thursday, 8 June 2017

NAK BELI IPHONE SECONDHAND? INI TIPS SANGAT PENTING YANG KORANG PATUT PERIKSA












1) CHECK STATUS APPLE ID

Paling utama check status Apple ID pastikan di ruangan Icloud tiada emel owner. Jika ada minta seller supaya sign-out dahulu. Jika seller beri pelbagai alasan untuk tidak sign out Apple ID jangan beli walaupun seller offer harga murah.

2) CHECK TOUCH SCREEN & DISPLAY

Caranya drag icon application ke seluruh permukaan skrin untuk pastikan semua 'touch point' berfungsi dengan baik.
Jika display kelihatan warna putih kekuningan di sekeliling bahagian tepi skrin kebiasaannya Iphone pernah dimasuki air@lembapan.

3) CHECK SEMUA BUTTON VOLUME, VIBRATE/RINGER, ON OFF DAN HOME BUTTON

- Untuk Iphone 4@4S pastikan imej 'volume bar' keluar semasa menekan button volume up/down. Jika imej volume bar tidak kelihatan bermakna ada kerosakan pada charging port.
- Untuk Iphone 5S @ 6 pastikan function Thumb Print berfungsi.

4) CHECK LOUD SPEAKER (BUZZER)

Jangan lupa test speaker kuat-kuat.

5) CHECK LINE (CARRIER) & DATA DENGAN MASUKKAN SIMKAD

Lihat pada Coverage bar pastikan ada 3G/4G. Jangan beli jika coverage bar menunjukkan 'Searching' @ 'No Service'.

6) CHECK WIFI CONNECTION

Ramai yang terlupa untuk check bahagian ini.

7) CHECK CHARGING PORT & STATUS BATERI

Lihat pada port mengecas di bawah Iphone jika didalamnya kelihatan kotor,hijau berlumut biasanya Iphone tersebut pernah dimasuki air.
Status bateri:
Caranya turn on 'battery percentage' dan sambungkan cas pada powerbank. Biar lebih kurang 1 minit. Jika peratus bateri naik dengan cepat contoh dari 10% terus naik ke 20% @ 40% atau full charge menunjukkan bateri bermasalah.
Bateri yang sihat level percent nya akan bertambah sekitar 2% sahaja setiap seminit semasa mengecas.

8) CHECK SPEAKER & MIC DENGAN MEMBUAT PANGGILAN

Walaupun mungkin masalah di bahagian ini tidak banyak terjadi pada Iphone. Jangan abaikan.

Lain-lain pemeriksaan termasuklah:

- Check region model Iphone di ruangan setting.
Iphone keluaran Japan (J/A) dan Korea (KH/A) tak boleh silent shutter kamera.
Ada juga sesetengah model import refurbish tak support rangkaian 4G. Seeloknya cari Iphone set Malaysia (MY) ataupun Singapore (ZA).

- Pastikan kedudukan skrin Iphone berada rapat pada body. Jika skrin renggang@terangkat kemungkinan berpunca daripada bateri kembung ataupun Iphone tersebut pernah jatuh.

- Lihat juga pada dua biji skru kecil di bahagian bawah Iphone adalah sama jenis dan masih elok. Tujuannya nak elakkan terbeli Iphone yang dah pernah baiki macam macam.

- Goncang Iphone tepi telinga anda. Jangan beli jika ada bunyi. Semua komponen original dalam Iphone dipasang dengan baik dan kemas.

Pendek kata jadilah pembeli Iphone yang cerewet supaya anda tak rugi. 

Thursday, 1 June 2017

10 TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE ANDA








1. Telefon Off Ketika Mengecas

Sis jarang lakukan ini. Sebab kalau ada kecemasan di mana ada orang perlukan pertolongan kita, kita tidak ketinggalan kan. Tapi tak salah pun kalau off telefon, boleh saja


2. Untuk Kali Pertama Mengecas, Cas Bateri Telefon Sekurang-kurangnya 8 jam
Tak kisah apa jua jenis bateri telefon tersebut, pastikan untuk kali pertama bateri korang dicas selama 8 jam. Sebab kita baru saja pakai bateri tu, jadi dia boleh memanjangkan usia bateri kita. Kalau kali pertama cas setengah je, ha ada potensi nak rosak tau bateri tu pada masa akan datang


3. Jangan Guna Semasa Mengecas

Ini paling Sis tak suka buat. Kadang kadang Sis marah diri sendiri sebab sambil cas tu lah nak main game, nak baca whatsapp, nak dengar lagu, nak main youtube. Masa bateri tengah penuh tak mahu pulak buat semua tu. Jangan selalu guna ye masa mengecas. Ia akan menyebabkan bateri kita tak tahan lama nanti


4. Kurangkan Penggunaan Mobile Data, Gunakan WiFi

Sis memang lebihkan guna wifi sebab di rumah dan dalam beg Sis ada juga wifi YES huddle. Kalau Sis tak main telefon, Sis akan off mobile data sebab bateri juga akan cepat makan dan data juga akan cepat makan jugak. Dah rugi dua benda dekat situ kan


5. Mod Kecerahan

Sesetengah orang hanya letakkan mod cerah paling bawah sekali. Itu lebih mujarab bagi penjagaan bateri. Tapi Sis gunakan mod kecerahan sebagai auto kerana Elsa nie rabun hahaha


6. Mod Penjimatan Bateri

Ini juga antara tips yang bagus untuk penjagaan bateri. Walaupun sudah dicas penuh 100%, namun Sis masih hidupkan mod penjimatan bateri juga. Jadi jangka hayat bateri tersebut lebih lama dari yang biasa


7. Pastikan Bateri Betul-Betul Lemah Sebelum Mengecas

Nak ingatkan juga pastikan bateri tinggal 20% atau 15% atau amaran bateri lemah dipaparkan, barulah korang cas bateri sehingga penuh. Kalau tidak, tak lama lah bateri awak tu sihat hehe


8. Kurangkan Cas Di Dalam Kereta

Pada korang yang suka cas dalam kereta tu, harap dapat kurangkan ye. Ini kerana voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Jadi bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil


9. Jangan Terlebih Had Waktu Mengecas

Okay selalunya bateri telefon akan penuh dalam masa 2-3 jam. Jadi janganlah cas pada waktu korang sedang tidur pada waktu malam tu. Ini kerana bateri akan cepat rosak kerana overcharge. Tips daripada Sis, nanti kalau ada pergi ke kedai aksesori telefon, tanya jurujual yang korang nak wayar pengecas yang akan off sendiri selepas bateri habis dicas. Sis selalu mintak begitu haha dan sekarang wayar yang Sis pakai adalah wayar jenama REMAX


10. Jauhkan Bateri Dari Haba

Contoh seperti barangan elektrik yang mengeluarkan haba lah sebab ia akan mudah meletup. Bila dah meletup bukan bateri saja meletup malah telefon pun sama. Hukhuk menangis tak berlagu kena kumpul duit beli telefon baru kankankan