Secara jujurnya, pengaruh iPhone klon masih meluas di Malaysia.
Ada lagi seller yang menjual iPhone klon tanpa sedar atau tidak.
Bagi pengguna yang sudah biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu untuk membezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga secara fizikal iPhone berkenaan.
Bagi pengguna yang langsung tak biasa, mereka mungkin tak tahu langsung cara nak bezakan.
Untuk itu, ini ialah langkah yang mudah untuk membezakan antara iPhone Original dengan iPhone Klon.
- Pastikan anda bawa simkad anda yang telah dipotong , MicroSim untuk iPhone 4/4S, Nano Sim untuk iPhone 5 ke atas
- Masukkan simkad ke dalam iPhone, untuk mengaktifkan iPhone original, simkad diperlukan untuk masuk ke homescreen. iPhone klon tidak perlu simkad pun. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebut simlocked atau unlocked. Jika Sim Not Valid, itu tandanya Sim Locked (tidak boleh guna Telco Malaysia secara asasnya).
- Connect to Internet (Wifi atau Mobile Data) > masuk AppStore > Download simple apps macam Apple Store > nanti akan popup untuk sign in Apple ID. Untuk klon, ia akan minta Google Play atau selain daripada Apple ID.
- Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti. Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja, bukan 16GB.

No comments:
Post a Comment