Thursday, 1 June 2017

10 TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE ANDA








1. Telefon Off Ketika Mengecas

Sis jarang lakukan ini. Sebab kalau ada kecemasan di mana ada orang perlukan pertolongan kita, kita tidak ketinggalan kan. Tapi tak salah pun kalau off telefon, boleh saja


2. Untuk Kali Pertama Mengecas, Cas Bateri Telefon Sekurang-kurangnya 8 jam
Tak kisah apa jua jenis bateri telefon tersebut, pastikan untuk kali pertama bateri korang dicas selama 8 jam. Sebab kita baru saja pakai bateri tu, jadi dia boleh memanjangkan usia bateri kita. Kalau kali pertama cas setengah je, ha ada potensi nak rosak tau bateri tu pada masa akan datang


3. Jangan Guna Semasa Mengecas

Ini paling Sis tak suka buat. Kadang kadang Sis marah diri sendiri sebab sambil cas tu lah nak main game, nak baca whatsapp, nak dengar lagu, nak main youtube. Masa bateri tengah penuh tak mahu pulak buat semua tu. Jangan selalu guna ye masa mengecas. Ia akan menyebabkan bateri kita tak tahan lama nanti


4. Kurangkan Penggunaan Mobile Data, Gunakan WiFi

Sis memang lebihkan guna wifi sebab di rumah dan dalam beg Sis ada juga wifi YES huddle. Kalau Sis tak main telefon, Sis akan off mobile data sebab bateri juga akan cepat makan dan data juga akan cepat makan jugak. Dah rugi dua benda dekat situ kan


5. Mod Kecerahan

Sesetengah orang hanya letakkan mod cerah paling bawah sekali. Itu lebih mujarab bagi penjagaan bateri. Tapi Sis gunakan mod kecerahan sebagai auto kerana Elsa nie rabun hahaha


6. Mod Penjimatan Bateri

Ini juga antara tips yang bagus untuk penjagaan bateri. Walaupun sudah dicas penuh 100%, namun Sis masih hidupkan mod penjimatan bateri juga. Jadi jangka hayat bateri tersebut lebih lama dari yang biasa


7. Pastikan Bateri Betul-Betul Lemah Sebelum Mengecas

Nak ingatkan juga pastikan bateri tinggal 20% atau 15% atau amaran bateri lemah dipaparkan, barulah korang cas bateri sehingga penuh. Kalau tidak, tak lama lah bateri awak tu sihat hehe


8. Kurangkan Cas Di Dalam Kereta

Pada korang yang suka cas dalam kereta tu, harap dapat kurangkan ye. Ini kerana voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Jadi bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil


9. Jangan Terlebih Had Waktu Mengecas

Okay selalunya bateri telefon akan penuh dalam masa 2-3 jam. Jadi janganlah cas pada waktu korang sedang tidur pada waktu malam tu. Ini kerana bateri akan cepat rosak kerana overcharge. Tips daripada Sis, nanti kalau ada pergi ke kedai aksesori telefon, tanya jurujual yang korang nak wayar pengecas yang akan off sendiri selepas bateri habis dicas. Sis selalu mintak begitu haha dan sekarang wayar yang Sis pakai adalah wayar jenama REMAX


10. Jauhkan Bateri Dari Haba

Contoh seperti barangan elektrik yang mengeluarkan haba lah sebab ia akan mudah meletup. Bila dah meletup bukan bateri saja meletup malah telefon pun sama. Hukhuk menangis tak berlagu kena kumpul duit beli telefon baru kankankan

No comments:

Post a Comment